Sunday, 20 November 2016

kitar semula

Image result for keratan akhbar tentang barangan kitar semula
KITAR SEMULA       


 Apa itu kitar semula??


Kitar semula ialah proses mengolah semula bahan buangan untuk menghasilkan barangan yang baru. Kitar semula dapat mengurangkan bahan buangan, mengurangkan penggunaan bahan mentah baru, mengurangkan penggunaan tenaga, mengurangkan pencemaran udara (dari pembakaran), dan pencemaran air (dari tapak perlupusan) dan mengurangkan pengeluaran gas rumah hijau berbanding penghasilan barang baru dari bahan mentah. Kitar semula adalah komponen utama bagi pengurusan bahan buangan moden dan komponen ketiga bagi "Pengurangan pembaziran, Guna semula, Kitar semula" hieraki buangan.

 Bahan boleh dikitar semula termasuk kebanyakan jenis kaca, kertas, logam, plastik, tekstil, dan elektronik. Sungguhpun sama berkesan, penghasilan kompos atau kegunaan lain bahan buangan biodegradable – seperti sampah makanan atau lebihan taman – biasanya tidak dianggap kitar semula. Bahan yang hendak dikitar semula samaada dibawa ke tapak pengumpulan atau dikutip dari tepi jalan dan disusun, bersih, dan diproses semula menjadi bahan baru bagi pengilangan.

Berikut adalah bahan - bahan  boleh dikitar semula:

Kertas
           ➤ Kotak pizza atau apa-apa yang disaluti dengan minyak/bekas makana
           ➤ Pinggan kertas yang telah dicemari                                           
           ➤ Tisu
           ➤ Kertas karbon
           ➤ Lampin
           ➤ Kertas disaluti lilin/plastik
           ➤ Bekas makanan beku
           ➤ Tuala
  Aluminium
            ➨ Tin aerosol
            ➨ Tin cat
            ➨ Penggantung baju
            ➨ Bahan perubatan
            ➨ Penapis minyak

  Kaca
            ➽ Gelas minum
            ➽ Kaca tingkap
            ➽ Cermin Mentol
            ➽ Kaca tingkap yang pecah dan cermin kereta
            ➽ Kaca tahan suhu tinggi - Pyrex, Corning Ware, Vision Ware
            ➽ Botol legap putih
            ➽ Kaca yang digunakan di makmal atau hospital untuk kajian dan   perubatan
            ➽Cermin muka, kristal, seramik 

   Plastik

            ⇾  Bekas plastik yang ada sisa minyak, racun serangga atau bahan-bahan beracun
            ⇾ Styrofoam
Kelebihan Kitar Semula
  • Pemeliharaan sumber semula jadi                                                    Sisa pepejal bukan hanya terhasil apabila pengguna membuang barangan yang tidak diperlukan tetapi ia bermula dari pemprosesan bahan mentah, pengangkutan dan kemudahan pengilangan barang-barang terpakai. Penggunaan semula barang-barang dapat mengurangkan sisa pepejal yang terhasil seterusnya mengurangkan pembelian barang-barang baru. Secara tidak langsung ia dapat mengurangkan permintaan barang di pasaran dan menurunkan kadar penggunaan sumber semulajadi untuk pemprosesan barang baru.
  • Mengurangkan penghasilan sisa berbahaya.
      Memilih barang-barang tidak berbahaya atau kurang berbahaya merupakan komponen lain       yang penting dalam pengurangan sumber. Menggantikan barang kurang berbahaya dalam barang-barang tertentu (produk pembersihan atau racun yang digunakan untuk membunuh makhluk perosak), berkongsi produk yang mengandungi bahan kimia berbahaya daripada membuang lebihannya, membaca arahan label secara teliti dan menggunakan dalam kuantiti yang sedikit adalah cara mengurangkan penghasilan sisa berbahaya yang tidak boleh dikitar semula.
  • Menjimatkan kos
      Mengurangkan penghasilan sisa pepejal yang dibuang akan menjimatkan kos pelupusan sisa pepejal. Ia juga membantu penjimatan ekonomi bagi komuniti, perniagaan, sekolah dan pengguna-pengguna individu.
  • Perniagaan sektor industri. Juga mempunyai insentif ekonomi dengan amalan pengurangan sumber. Apabila peniaga menghasilkan barang – barang yang kurang pembungkusan pembelian, penggunaan bahan mentah dapat dikurangkan. Pengurangan dalam kos pengeluaran juga menyebabkan jumlah keuntungan yang besar. Ia boleh dialirkan terus kepada pengguna dalam bentuk harga barang yang rendah. 

AKTIVITI KITAR SEMULA

 Berikut merupakan aktiviti kitar semula yang boleh kita aplikasikan di rumah:


            Kreativiti Kitar Semula Botol Plastik                Kreativiti Kitar Semula Botol Plastik
                                                                           
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgoZHjmkzVX99gtfw647NA-0XEsrdv0g9bqMhiTK_0sw4DN1PnvaPjW0pO68iLTAs6VgrpMHVZadvR4FxuWkPER4zD2RQJm4x6yjP6BWMZby9Na4aAg2VIt_-KNL7an7jJIFT1GCs4pDSY/s1600/kitar+(31).jpg
Kreativiti Kitar Semula Botol Plastik                            

   kitar semula


Terdapat beberapa keratan akhbar yang memaparkan tentang isu alam sekitar.....
    Image result for keratan akhbar isu alam sekitar    Image result for keratan akhbar isu alam sekitar
                  Image result for keratan akhbar tentang barangan kitar semula             Image result for keratan akhbar tentang barangan kitar semula 


Antara kempen - kempen alam sekitar yang pernah dianjurkan:


Image result for kempen-kempen kitar semulaImage result for kempen-kempen kitar semula                                  Image result for kempen-kempen kitar semula        



 






Kaedah Pembuangan Sisa Pejal

https://www.ekuntum.com.my/images/cms/3r.png


Video animasi untuk mengetahui tentang Alam Sekitar.. semoga terhibur!!











No comments:

Post a Comment