KITAR SEMULA
Apa itu kitar semula??
Kitar semula ialah proses mengolah semula bahan buangan untuk menghasilkan barangan yang baru. Kitar semula dapat mengurangkan bahan buangan, mengurangkan penggunaan bahan mentah baru, mengurangkan penggunaan tenaga, mengurangkan pencemaran udara (dari pembakaran), dan pencemaran air (dari tapak perlupusan) dan mengurangkan pengeluaran gas rumah hijau berbanding penghasilan barang baru dari bahan mentah. Kitar semula adalah komponen utama bagi pengurusan bahan buangan moden dan komponen ketiga bagi "Pengurangan pembaziran, Guna semula, Kitar semula" hieraki buangan.
Bahan boleh dikitar semula termasuk kebanyakan jenis kaca, kertas, logam, plastik, tekstil, dan elektronik.
Sungguhpun sama berkesan, penghasilan kompos atau kegunaan lain bahan
buangan biodegradable – seperti sampah makanan atau lebihan taman –
biasanya tidak dianggap kitar semula. Bahan yang hendak dikitar semula samaada dibawa ke tapak pengumpulan
atau dikutip dari tepi jalan dan disusun, bersih, dan diproses semula
menjadi bahan baru bagi pengilangan.
Berikut adalah bahan - bahan boleh dikitar semula:
Kertas
➤ Kotak pizza atau apa-apa yang disaluti dengan minyak/bekas makana
➤ Pinggan kertas yang telah dicemari
➤ Pinggan kertas yang telah dicemari
➤ Tisu
➤ Kertas karbon
➤ Lampin
➤ Kertas disaluti lilin/plastik
➤ Bekas makanan beku
➤ Tuala
➤ Kertas karbon
➤ Lampin
➤ Kertas disaluti lilin/plastik
➤ Bekas makanan beku
➤ Tuala
Aluminium
➨ Tin aerosol
➨ Tin cat
➨ Penggantung baju
➨ Bahan perubatan
➨ Penapis minyak
Kaca
➽ Gelas minum
➽ Kaca tingkap
➽ Cermin Mentol
➽ Kaca tingkap yang pecah dan cermin kereta
➽ Kaca tahan suhu tinggi - Pyrex, Corning Ware, Vision Ware
➽ Botol legap putih
➽ Kaca yang digunakan di makmal atau hospital untuk kajian dan perubatan
➽Cermin muka, kristal, seramik
➨ Tin aerosol
➨ Tin cat
➨ Penggantung baju
➨ Bahan perubatan
➨ Penapis minyak
Kaca
➽ Gelas minum
➽ Kaca tingkap
➽ Cermin Mentol
➽ Kaca tingkap yang pecah dan cermin kereta
➽ Kaca tahan suhu tinggi - Pyrex, Corning Ware, Vision Ware
➽ Botol legap putih
➽ Kaca yang digunakan di makmal atau hospital untuk kajian dan perubatan
➽Cermin muka, kristal, seramik
Plastik
⇾ Bekas plastik yang ada sisa minyak, racun serangga atau bahan-bahan beracun
⇾ Styrofoam
Kelebihan Kitar Semula
- Pemeliharaan sumber semula jadi Sisa pepejal bukan hanya terhasil apabila pengguna membuang barangan yang tidak diperlukan tetapi ia bermula dari pemprosesan bahan mentah, pengangkutan dan kemudahan pengilangan barang-barang terpakai. Penggunaan semula barang-barang dapat mengurangkan sisa pepejal yang terhasil seterusnya mengurangkan pembelian barang-barang baru. Secara tidak langsung ia dapat mengurangkan permintaan barang di pasaran dan menurunkan kadar penggunaan sumber semulajadi untuk pemprosesan barang baru.
- Mengurangkan penghasilan sisa berbahaya.
Memilih
barang-barang tidak berbahaya atau kurang berbahaya merupakan komponen
lain yang penting dalam pengurangan sumber. Menggantikan barang kurang
berbahaya dalam barang-barang tertentu (produk pembersihan atau racun
yang digunakan untuk membunuh makhluk perosak), berkongsi produk yang
mengandungi bahan kimia berbahaya daripada membuang lebihannya, membaca
arahan label secara teliti dan menggunakan dalam kuantiti yang sedikit
adalah cara mengurangkan penghasilan sisa berbahaya yang tidak boleh
dikitar semula.
- Menjimatkan kos
Mengurangkan
penghasilan sisa pepejal yang dibuang akan menjimatkan kos pelupusan
sisa pepejal. Ia juga membantu penjimatan ekonomi bagi komuniti,
perniagaan, sekolah dan pengguna-pengguna individu.
- Perniagaan sektor industri. Juga mempunyai insentif ekonomi dengan amalan pengurangan sumber. Apabila peniaga menghasilkan barang – barang yang kurang pembungkusan pembelian, penggunaan bahan mentah dapat dikurangkan. Pengurangan dalam kos pengeluaran juga menyebabkan jumlah keuntungan yang besar. Ia boleh dialirkan terus kepada pengguna dalam bentuk harga barang yang rendah.
AKTIVITI KITAR SEMULA
Berikut merupakan aktiviti kitar semula yang boleh kita aplikasikan di rumah:


.jpg)
Terdapat beberapa keratan akhbar yang memaparkan tentang isu alam sekitar.....
Antara kempen - kempen alam sekitar yang pernah dianjurkan:
Kaedah Pembuangan Sisa Pejal


Video animasi untuk mengetahui tentang Alam Sekitar.. semoga terhibur!!